Monday 30 April 2012

beberapa kaedah untuk meningkatkan kreativiti

1)bermain teka-teki :-bermain teka-teki adalah menghiburkan. ia bukan sekadar mengurus pemikiran bagi mencari jawapan yang betul, malah mendorong pemikiran kita supaya membayang, membanding, meramal, menduga dan sebagainya. Biasanya, teka-teki menggunakan persepsi dan nilai kesamaran yang tinggi. contohnya, kita boleh membuat analogi seperti kura-kura memanjat dinding (kuali), rambut siapa yang boleh di makan (rambut atan atau tan), kecil hitam, besar putih (Michael Jackson) dan lain-lain. teki-teki seumpama ini membawa kita ke alam penjelajahan yang menyeronokkan. 


2)membaca komik humor:- ia dapat merangsang dan membina kreativiti. menerusi adegan-adegan yang dipaparkan, kita dapat memperluaskan idea kreatif dalam paradigma yang lebih luas walaupun sesetengah pihak berpendapat bahasa dan jalan ceritanya tidak logik dan bernas, namun kita tidak boleh meminggirkan peranan komik humor sebagai pemangkin penceranaan minda kreatif. hari ini banyak komik humor du pasaran seperti gila-gila, geli hati, batu api dan lain-lain. ia dihasilkan oleh para pelukis kreatif dan berkebolehan. ruangan kartun yang dikendalikan oleh pelukis-pelukis terkeal seperti Lat, Zunar, Imuda,Zoy,Rossem dan lain-lain akhbar perdana dan tabloid banyak mengupas isu-isu semasa

No comments:

Post a Comment