Tuesday 1 May 2012

Jelaskan kebaikan menggunakan perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Banyak kelebihan dengan menggunakan perisian persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Fungsi pertama adalah sebagai alat bantu mengajar. Ia merupakan persembahan eletronik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat keapda pelajar. Terdapat dua kategori persembahan eletronik sebagai alat bantu mengajar iaitu persembahan dan tunjuk cara. Persembahan ialah di mana guru menggunakan teknik persembahan, guru menggunakan persembahan eletronik sebagai media untuk menyampaikan maklumat. Tunjuk cara pula guru menggunakan persembahan eletronik sebagai alat untuk membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan bagi menerangkan keadaan yang sukar hendak diterangkan dengan perkataan atau eksperimen yang hendak dijalnkan terlalu mahal, mustahil atau bahaya hendak dilaksanakan.
            Fungsi kedua pula ialah sebagai alat bantu belajar. Dalam proses pembelajaran menggunakan persembahan eletronik, pelajar berinteraksi dengan perisian. Terdapat tiga kategori persembahan eletronik sebagai alat bantu belajar iaitu tutorial, penerokaan dan aplikasi. Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah tutorial, persembahan eletronik disusun berdasarkan kandungan pelajaran dan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi penerangan, demonstrasi dan latihan atau latih tubi. Penerokaan pula pelajar boleh menggunakan persembahan elektronik sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Bagi memastikan proses pembelajaran tidak memakan masa, untuk mencari laman web yang sesuai. Pautan ke laman web disediakan dalam perisian yang dibina. Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah aplikasi, persembahan elektronik digunakan sebagai alat aplikasi iaitu alat membantu pelajar melaksanakan tugas dalam pembelajaran.
            Daripada penerangan di atas, kelebihan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh pelajar ialah persembahan elektronik dapat memotivasikan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar akan lebih bermotivasi untuk belajar dengan menggunakan medium yang baru. Penggunaan persembahan elektronik akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Persembahan elektronik yang mengaplikasikan kesemua unsur multimedia dapat menarik perhatian pengguna. Persembahan elektronik memberi kesan yang positif terhadap kefahaman pelajar.
Kebaikan yang ketiga ialah perisian persembahan ini tidak mempunyai arahan yang tidak mengelirukan serta mesra pengguna. Ikon yang digunakan dalam pembinaan persembahan elektronik mudah difahami. Oleh itu persembahan elektronik mudah dibina dan digunakan walaupun oleh pengguna baru.
Persembahan elektronik membenarkan unsur interaktif diselitkan dengan mudah dalam persembahan. Persembahan interaktif membenarkan keadaan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedai bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesiau dengan gaya dan kepelruan kognitif mereka.
Alessi & Trollip (1991) memjelaskan perisian persembahan yang dilaksanakan dengan betul akan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Contohnya dalam perisian simulasi atau permaian, pelajar akan dapat belajar secara aktif dengan berinteraksi dengan perisian. Pembelajaran aktif meningkatkan tahap pemikiran yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian. Selain itu, perisian persembahan membolehkan pelajar menggunakan pelbagai medai yang dapat merangsang deria-deria mereka, mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan, mengawal perjalanan perisian kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu dan memberi maklum balas serta merta terutama dalam perisian persembahan latih tubi autau penilaian.
Bagi Jensen (1996) dalam satu kajian telah membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus dengan pelajar yang menggunakan kaedah konvensional mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus lebih baik daripada pelajar yang tidak menggunakannya.  Sementara itu, Lockard et al. (1989) mendapati kanak-kanak yang penggunakan perisian berjaya mengekalkan tumuan berbanding dengan kanak-kanak yang menggunakan kaedah biasa. Dengan kelebihan yang ada pada perisian persembahan ini adalah penting ianya dilaksanakan di sekolah-sekolah dengna lebih menyeluruh. Apa yang penting ialah penggunaanya mestilah bersesuaian dengan kandungan pelajaran yang ingin disampaikan atau kemahiran yang ingin diajar.



 Selain power point, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer jua perlu digunakan oleh guru bagi memastikan objektif dicapai. Contohnya Model pengajaran Gagne (1981) banyak di rujuk dalam pembangunan perisian kursus dan ia melibatkan sembilan tahap pengajaran. Tahap-tahap pengajaran ini juga boleh digunakan dalam penilaian suatu perisian kursus. Ia seharusnya menjadi rujukan guru sebagai panduan untuk menjadikan PnP lebih menarik dan berkesan.
Tahap pertama ialah mendapatkan perhatian. Contohnya pengajaran mestilah dimulakan dengan suatu yang dapat menarik minat atau perhatian pelajar. Sesetengah perisian kursus menggunakan video atau audio yang digabungkan dengan animasi atau grafik yang menarik.
Tahap kedua ialah memaklumkan objektif kepada pelajar. Tujuan pengajaran mestilah dijelaskan kepada pelajar agar mereka lebih bersedia menerima apa yang akan diajar.
Tahap ketiga ialah mengingat kembali pengetahuan sedia ada di mana pelajar hendaklah digalakkan mengingat kembali pengetahuan sedia ada. Antara cara-cara yang boleh dilakukan ialah dengan meminta pelajar menjawab beberapa soalan ringkas atau dengan menyatakan maklumat penting yang diperlukan.
Tahap keempat ialah menyampaikan maklumat di mana maklumat mestilah disampaikan dengan tepat dan ringkas. Ia hendaklah disampaikan dengan menarik dengan menggunakan grafik yang sesuai, animasi, audio dan video. Untuk membantu pelajar memahami pelajaran, bilangan isi atau fakta di dalam satu skrin yang disampaikan hendaklah dihadkan supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah.
Tahap kelima ialah membantu pelajaran di mana isi dan fakta hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang sesuai bagi membantu pemahaman pelajar.
Tahap keenam ialah memberi latihan. Latihan yang dijalankan hendaklah sesuai dengan kandungan pelajaran yang disampaikan. Latihan boleh dilakukan sama ada melalui soalan-soalan yang dibekalkan bersama dengan perisian kursus atau soalan-soalan yang disediakan oleh guru. Pencapaian atau respons pelajar kepada soalan-soalan menentukan sama ada mereka telah ,memahami kandungan pelajaran yang disampaikan.
Tahap ketujuh ialah memberi maklum balas. Satu kelebihan penggunaan perisian ini ialah ia mampu memberi maklum balas semerta kepada pelajar. Bergantung kepada pencapaian pelajar dalam latihan, mereka diberikan pengukuhan atau pemulihan. Bagi perisian kursus yang komprehensif, aktiviti pengukuhan dan pemulihan mungkin disediakan. Walau bagaimanapun, guru juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ini di dalam kelas jika ia tidak disediakan atau jika guru berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan tidak mencukupi atau tidak sesuai.
Tahap kelapan ialah menilai pencapaian. Di akhir pengajaran, pelajar biasanya diberikan ujian untuk menilai pemahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari.
Tahap kesembilan ialah mengingat kembali di mana ia sangat penting untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan seterusnya menggunakan pengetahuan ini di dalam situasi yang berbeza. Perisian kursus ini perlu menyediakan aktiviti-aktiviti tambahan bagi membolehkan ini berlaku.



No comments:

Post a Comment